Saturday, November 14, 2009

Pembersih Rumah Allah



Kebersihan adalah bahagian dari keimanan. Justeru, kebersihan tempat solat adalah sebahagian dari perkara yang menentukan sah atau tidak solat kita. Tugas membersihkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Saban hari para jemaah dapat melihat betapa para pekerja pembersihan begitu cekap menjalankan tugasan mereka di lokasi yang amat sesak. Bayangkan dengan kehadiran hampir 2 juta jemaah saat ini, tugas pembersihan tetap dilakukan dengan cemerlang walaupun hakikatnya mereka hanya dibayar dengan gaji yang amat kecil iaitu :

SAR 350.00 sebulan : Gaji Pokok
SAR 29.00 sebulan : Elaun Perubatan
SAR 50.00 sebulan : Elaun Makan
TOTAL : SAR 529.00 sahaja sebulan.

Secara umumnya pekerja pembersihan masjid terbahagi kepada beberapa kategori :

1. Baju warna coklat : Penyelia (supervisor)
2. Baju warna hijau : Unit Air Zam Zam / interior
3. Baju warna putih : Unit Kemasan al-Quran
4. Baju warna biru : Unit Pembersihan
5. Jubah putih dengan vest coklat : Chief Supervisor

Jika dibuat perbandingan, di Masjid Nabawi pekerja unit Kemasan al-Quran adalah lebih glamour berbanding dengan pekerja unit lain. Mereka lazimnya dikenali dengan uniform berwarna putih. Lain-lain unit agak kurang menyerlah. Kebiasaannya tugas mereka menyusun mashaf (di rak al-Quran) sebanyak 5 naskhah setiap edisi sama ada mushaf Uthmani, mushaf Baghdadi, terjemahan Indonesia, Urdu dan lain-lain. Selain itu, mereka bertanggungjawab mengagih dan menyimpan mashaf untuk bacaan mengikut permintaan jemaah yang sedang duduk di saf. Tidak hairanlah jika pekerja unit ini saban hari berpeluang 'bermain' di sekitar Raudhah.

Di Masjidil Haram pula, unit yang paling glamour adalah Unit Pembersihan sama ada Pembersihan Dalaman (uniform hijau) atau Luaran Masjid (uniform biru). Setiap kali sebelum solat fardhu, 2 orang pekerja unit ini akan membersihkan Hajar Aswad, Multazam dan tempat solat imam. Sudah tentu apabila dimulakan solat, mereka akan berpeluang duduk di saf pertama.

Paling ketara selepas waktu Isya', pekerja unit ini akan membuat kepungan sekitar kawasan tumpuan dengan membina pagar manusia (sambil memegang pita merah) disekeliling tempat yang ingin dibersihkan. Saat inilah sekiranya sesiapa ingin tawaf dengan tenang tanpa bersesak, ikutlah laluan para pekerja unit ini yang akan turut 'tawaf' sambil menyapu sampah yang ada di dataran Ka'abah.

Di luar masjid iaitu di kawasan piazza, sekumpulan pekerja unit Pembersihan Luar juga sedang melakukan tugasan dengan kaedah yang sama. Namun tugasan mereka lebih mencabar kerana terpaksa berhadapan dengan orang ramai yang lalu lalang atau berbaring di piazza tersebut. Penggunaan alatan canggih seperti Haram Captor telah memudahkan tugas mereka.





Kisah Lucu Unit Pembersihan

Dalam satu temuramah wartawan Arab News dengan para pekerja Unit Pembersihan ini, banyak kisah lucu dan pelik yang dihadapi oleh mereka setiap hari. Bayangkan, ada dikalangan jemaah :

1. Bersalam, menggosok badan dan memeluk pekerja pembersihan untuk mengambil berkat

2. Mencuci muka dan badan dengan air cucian lantai Masjidil Haram untuk mengambil berkat

3. Mematahkan bahagian penyapu, berus atau mop lantai untuk dibawa pulang dan dijadikan barang berkat.

2 comments:

  1. Tn.hj...ada juga yang bawak botol kosong...buka kat kaabah dan tutup...bila sampai kat tanah air..depa kata ni laa udara tepi kaabah..bersih , suci dan berkat.- Sumber: Akhbar al Hawaadith.

    ReplyDelete
  2. Bersih ker udara kat kaabah tu? Kalaulah masyarakat tau yang kat kaabah tu diorang sebenornya cuci ngan cecair Dettol, nescaya tak tergamak weh nak cium beria...Rujuk http://www.theregister.co.uk/2007/05/29/dettol_man/

    ReplyDelete