Tuesday, November 17, 2009

Nak Telefon Malaysia?

Menghubungi keluarga di Malaysia adalah satu keperluan bagi sesetengah jemaah haji. Suara keluarga di kampung adakalanya memberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan di bumi Bakkah ini.

Antara cara yang boleh diambil untuk memudahkan komunikasi :

1. Jika anda super kaya, bawa saja telefon bimbit Malaysia beserta sim kadnya ke Arab Saudi.

Kemudahan rayauan (roaming) memang baik. Cuma masalahnya, akan ada kenalan (yang tak tahu kita di Tanah Suci) yang suka-suka hati menelefon kita yang sedang tidur jam 3.00 pagi (waktu Saudi) kerana di Malaysia sudah jam 8.00 pagi. Nelepon tu pulak bukan sebab hal yang mustahak sangat, cuma nak ajak mengeteh jer...Waduh. SMS yang masuk pulak jangan ceritalah. 10 minit sekali masuk message. Barang perlu diingat, setiap SMS yang kita terima, akan di charge mengikut kadar perantauan biasa.

2. Menggunakan kad iTalk TM.

Setiap jemaah ada dibekalkan dalam beg sandang masing-masing sekeping kad iTalk bernilai RM5.00 secara percuma dan ikhlas dari Telekom Malaysia. Kad tersebut sah penggunaannya selama 30 hari. Caranya sangat mudah dan menjimatkan.

Mula-mula dapatkan telefon talian tetap (biasanya di bilik penginapan, di booth TM atau di lobi hotel). Selepas itu dail 1 800 60, dengar arahan telefonis (bahasa Melayu) kemudian masukkan nombor kad 12 digit. Masukkan terus nombor destinasi (tak perlu mulakan dengan +6 xxxx). Kadar panggilan hanya RM 1.00 seminit. Jika ingin tambah nilai, atau menghadapi sebarang masalah teknikal bolehlah dirujuk terus kepada wakil atau agen TM yang banyak membuka booth di hotel atau Maktab sama ada di Mekah atau Madinah. Tahap privacy bergantung kepada lokasi telefon. Kalau guna telefon di bilik, segan nak jiwang karat kalau roomates ada. Kalau guna telefon di lobby, segan nak ber'I Love You' atau ber'I Miss You' sebab ramai yang tengah berbaris.

3. Menggunakan khidmat Markaz Ittisalat atau Wartel (pondok telefon).

Kadar panggilan adalah 50 sen seminit. Agak murah tapi terpaksa beratur panjang untuk mendapatkannya. Privacy juga kurang, kerana berbual didalam kabin kecil (ala-ala kabin karaoke 'seringgit satu lagu' di Malaysia). Di kiri kanan kita ada pengguna dari India, Pakistan atau Bangladesh yang tatkala bercakap memang volume suaranya hampir sampai ke Jeddah. Pengguna perlu memasukkan nombor 006 jika ingin menghubungi Malaysia. Pastikan mengambil resit setiap kali selesai membuat panggilan, kerana kadang kala nombor yang kita tersalah tekan pun diambil kira. Selamat bertengkar.

4. Membawa sim kad pra-bayar Malaysia ke Tanah Suci.

Kebiasaannya operator selular di Malaysia ada menyediakan pakej khas untuk jemaah haji. Sebagai contohnya, Maxis yang memperkenalkan LRN (Local Roaming Number) yang menyediakan nombor prabayar tempatan di Arab Saudi melalui kad SIM Hotlink Haji. Nombor ini disediakan oleh Saudi Telecom Company (STC) menerusi perkhidmatan prabayar STC yang dikenali sebagai 'Sawa'. Dengan servis LRN kita boleh jimat sehingga 70% untuk panggilan suara sewaktu di Arab Saudi. Akan tetapi, servis LRN ini hanya boleh digunakan untuk panggilan suara dan video. Untuk SMS, kita akan dicaj kadar perantauan biasa.

CELCOM juga tak ketinggalan memperkenalkan pek prabayar istimewa yang dikenali 'Pek Jemaah Haji Celcom Blue'. Menerusi pek berkenaan, jemaah ditawarkan kadar roaming terendah bernilai 68 sen seminit dari 12 tengah malam hingga enam pagi dan dari 12 tengah hari hingga 3 petang, waktu Malaysia. Kelebihan lain, jemaah tak perlu memikirkan cara untuk menambah nilai. Semua aktiviti itu hanya dilakukan oleh ahli keluarga masing-masing di Malaysia. Celcom akan menghantar SMS secara automatik bagi memaklumkan kepada ahli keluarga jemaah haji di Malaysia apabila kadar penggunaan mencapai paras RM30.00 dan ke bawah. Untuk nak aktifkan perkhidmatan ini, jemaah hanya perlu menaip 'HAJI' diikuti nombor telefon ahli keluarga yang diingini dan hantar ke 28882. Pek ini turut didatangkan khas dengan tambah nilai awal berjumlah RM50 berserta SMS percuma mengenai isi kandungan berkaitan kerja haji dan amalan doa seharian. Tapi awas, jika menelefon di luar dari waktu yang disebutkan, kadarnya adalah 98 sen seminit. Ber'sms' dengan talian ini juga agak mahal iaitu RM 2.00 per sms. Dari sudut teknologi MMS dan 'video call', agak menyeksakan dan lembab.

5. Membeli sim kad pra-bayar Arab Saudi.

Terdapat tiga operator GSM besar beroperasi di Saudi (setahu saya tidak ada CDMA) iaitu al-Jawal (STC), Etihad Etisalat Company (Mobily) dan MTC Saudi Arabia (Zain SA). Harga permulaan sekitar SAR 70.00 dan boleh meningkat ke SAR 100.00 pada waktu dan lokasi tertentu.

Telefon bimbit boleh dibawa terus dari Malaysia. Di Saudi mereka menggunakan frekuensi GSM yang sama dengan Malaysia. Justeru, telefon bimbit paling murah pun boleh digunakan, tak perlu yang mahal 2 atau 3 band frekuensi. Jika ingin membeli telefon bimbit di Madinah atau Mekah pun tidak ada masalah. Harganya lebih kurang di Malaysia juga. Mungkin lebih istimewa sebab ada font Arabic.

Cara untuk mendapatkan sim kad juga amat mudah. Bagi jemaah KT awal yang terus ke Madinah, kebiasaannya telah berbaris para muzawir bangsa Indonesia dihadapan hotel penginapan sambil memegang sim kad untuk jualan. Selain itu disepanjang jalan menuju ke Masjid Nabawi terdapat ramai anak Arab yang menjual di tepi jalan. Bagi jemaah yang terus ke Mekah, ada masanya sim kad ini ditawar secara percuma di Maktab. Untuk tambah nilai, boleh dapatkan di kedai runcit atau di penggurup wang (money changer). Tapi awas, ada juga penjual yang mengambil untung melampau. Top-up kredit SAR 30.00 boleh menjadi SAR 35.00 jika kita tak cakna. Menggunakan talian Arab Saudi agak menyenangkan. Panggilan ke tanah air kebiasaannya SAR 1.76 seminit. SMS ke Malaysia mulai jam 12 tengah malam hingga 9 pagi (waktu Saudi) hanya sekitar 25 sen sahaja. Pada waktu selain itu, baru 50 sen. 3G internet juga bagus, kalau setakat membaca 6 ulasan berita di Utusan Online baru SAR 3.00.

6. Gunakan telefon internet di cyber-cafe.

Warga emas tak digalakkan sebab agak leceh. SAR 15.00 sahaj untuk sejam, bercakaplah puas-puas menggunakan speaker phone. Tahap privacy, agak sukar dijangka. Kalau kebetulan ada orang Malaysia sebelah kita, terpaksalah control skit.

Kesimpulannya, telefonlah ke Malaysia. Suara anda memberi kekuatan kepada mereka yang ditinggalkan.

9 comments:

  1. salam..kalau dari malaysia hendak telefon ke mekah pula bagaimana?

    ReplyDelete
  2. 1. Jika saudara kita di Mekah menggunakan telefon bimbit dengan simkad Arab Saudi, kita boleh direct call dengan mendail +00 dan diikuti nombor henpon Arab Saudi.

    2. Jika tiada telefon bimbit, boleh juga hubungi HQ Tabung Haji Mekah di Hotel Al-Janadiriah di talian 02-5706363 / 02-5700303. Nyatakan butiran jemaah yang ingin dihubungi, Insya-Allah boleh bersembang.

    Wallahu A'lam

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Nak ulang tanya, mcmana nak call ke Mekah? Ibu saya bawa kad sim dari Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bawak sim kad malaysia dan roaming dah diaktifkan takde masalah, call je macam biasa, macam dia ada kat malaysia. Kedua akan dicaj , yg buat dan yg terima panggilan..

      Delete
  4. http://awwadcommunication.blogspot.com/

    SIM KAD ARAB SAUDI MOBILY
    Assalamualaikum W.R.T

    SIM Kad Arab Saudi MOBILY khas untuk Jemaah Umrah Malaysia yang diedarkan Oleh Awwad Communication dijual harga RM 45.00 dan mempunyai nilai kredit SAR 35.00, DATA 50 MB YANG BERNILAI SAR 5.00 & 10 MINIT PANGGILAN ANTARABANGSA YANG BERNILAI SAR 5.00
    Tempoh sahlaku kad selama 120 hari dari tarikh pengaktifan sebaik sahaja Jemaah tiba di Arab Saudi.
    Kami mengenakan caj tambahan RM 6.00 bagi kos perkhidmatan Pos dan kurier.
    Pihak kami juga ada melakukan penjualan dan penerangan secara terus kepada Jemaah di lapangan terbang KLIA/LCCT sebelum mereka berangkat mengerjakan Umrah.
    SIM Kad Umrah adalah untuk kemudahan anda sepanjang berada di tanah suci.
    Dapatkan lebih penjimatan panggilan ke Malaysia sehingga 70% sekiranya anda mengaktifkan nombor panggilan favorite anda. Sila ikuti arahan dan maklumat di bawah.
    Kadar panggilan tempatan adalah SAR 0.55 / minit dan SMS tempatan dan atarabangsa (ke Malaysia dan lain-lain negara) adalah SAR 0.25 / minit.
    Untuk maklumat lanjut tentang kadar panggilan, sila layari www.mobily.com.sa
    Untuk maklumat lanjut mengenai Sim Kad Arab Saudi MOBILY, Sila berhubung dengan Sdr Adam di talian 012 2537106.

    ReplyDelete
  5. salam alaik..ustz..berapa caj sms yg dikenakan jika kita sms dr malaysia ke arab saudi?

    ReplyDelete
  6. Mcm mn cara nk sms ke no arab saudi dari malaysia?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete